Thursday, August 28, 2008

Siapa yusof gajah


Yusof Gajah dilahirkan pada 10 Februari 1954 di Johol, Negeri Sembilan. Minat beliau terhadap seni lukis mula bercambah pada usia enam tahun. Pendedahan awal dalam seni lukis berlaku di Singapura dari tahun 1965 – 1969. Pada tahun 1972 beliau mendaftarkan diri dan menjadi pelajar di Sekolah Seni Rupa Indonesia di Jogjakarta, Indonesia sehingga tahun 1974. Dan menyambung pengajian di Akademi Seni Rupa Indonesia atau ASRI yang terkenal di Indonesia pada tahun 1975 ..
Sebagai pelukis professional sepenuh masa Yusof Gajah telah berjaya mengadakan dua belas pameran solo di dalam dan luar negeri. Dua pameran solo berjaya dilaksanakan di Tokyo. Pameran solo di luar negeri yang lain telah diadakan di Jakarta, Phuket, Sweden, dan Jogjakarta, Indonesia. Enam pameran solo beliau yang lain telah diadakan di Kuala Lumpur. Dari masa ke semasa beliau turut serta dalam pameran berkumpulan dengan pelukis-pelukis Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Dalam bidang kanak-kanak tahun 76 ketika bersama kumpulan anak alam beliau aktif mengajar melukis untuk kanak-kanak di muzium negara dan di Pustaka Bimbingan Kanak-kanak . Disana beliau bersama Pustakawan Alimah salam telah menubuhkan Kumpulan Boneka Pustaka Bimbingan .Tahun 1980 Dewan Bahasa telah menubuhkan kumpulan Si Nuri dimana beliau aktif telibat . Bersama Kumpulan Si Nuri beliau turut berlakun dalam teater kanak=kanak Sri Ayu dan ikuti Tiga Ekor Gajah . Pada tahun 1982 beliau berkerja di Pusat perkembangan Kanak-kanak , Yayasan Sabah / ketika disana beliau turut terlibat didalam mengedalikan sessi bercerita dan melatih guru guru tadika didalam membuat dan mengendalikan boneka ,
Tahun 1986 beliau menyertai kumpulan ABROS sebuah kumpulan boneka . Beliau juga menjadi editor majallah kanak-kanak Timang Sayang terbitan LPPKN .
Yusof ‘ gajah ‘ juga terlibat sebagai hos , penulis skrip didalam rancangan KERENGGE terbitan RTM . Ketika membuka galeri di Komplek kraf dijaln conlay beliau banyak terlibay didalam aktiviti mencari dana untuk hospital khusus wad kanak-kanak diantara aktivit aktiviti yang telah dilaksanakan ialah :
1998 : Young Touch , Petronas Gallery , Kuala Lumpur
1999 : Artifact on canvas , Islamic Museum of Art , Kuala Lumpur
1999 : Art to Ward , Hospital University Kebangsaan , Kuala Lumpur
2000 : Art workshop , International School , Kuala Lumpur
2000 : “ one world – one humanity “ International Children’s painting exhibition
Yayasan seni ,Kuala Lumpur
2001 : Life is Beautiful , SIEMENS sport club , SIEMENS Gallery ,
Kuala Lumpur
2002 : Art to heart , Siltera , Kulim Kedah
2002 : Art Camp , Bursa Saham Kuala Lumpur , Nur Lembah Pangsun , Selangor
2003 : Heart to Art , Institut Jantung Negara , Balai Seni Lukis Negara ,
Kuala lumpur
2004 : Love Our Enviroment , Siemens Sport Club , Siemens ,Gallery ,
Kuala Lumpur
2005 : Free like a bird , Siemens Sport Club Kuala Lumpur
2005 Artist Colony Alice Smith International School Kuala Lumpur
2006 : Young Artist of Langkawi , Galeria Perdana , Langkawi
2007 : MCF Mount Kiara International School Art workshop

Disamping itu banyak penghargaan yang telah beliau raih diantaranya ialah :

AWARDS
1974 : Pratita Adi Karya ( Sekolah seni rupa Indonesia , Jogjakarta , Indonesia )
1985 : 2nd Prize , Annual Painting Competition , Sabah Art Gallery , Kota Kinabalu
1986 : Encouragement Awards ( SIMEOT ) , noma Concour for Children’s Picture
Book Illustration (ACCU) Tokyo , Japan
1988 : Encouragement Awards ( TIDAK LAMA DAHULU ) NOMA Concours For
Children’s Picture Book Illustration , ACCU , Tokyo , Japan
1990 : Hadiah karya Terbaik , Peraduaan Penyediaan Illustrasi Buku Bergambar ,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA , KUALA LUMPUR
1992 : Runner-up ( THE LAST TREE ) NOMA Concoure for Children’s picture
Book Illustration ( Asian culture for UNESCO ) Tokyo , Japan
- Best Children’s Picture Book National Book Council . Kuala Lumpur
- Best Children’s Picture Book illustrator National Book Council , KL
1997 : GRAND PRIX (THE REAL ELEPHANT) NOMA Concour For Children’s
Picture Book Illustration (ACCU 0 Tokyo , Japan

Sekarang beliau banyak melukis distudionya disamping menyiapkan buku kanak kanak . Disamping itu beliau juga terlibat dengan Persatuan Taska Selangor untuk mengujudkan 10 kumpulan bercerita diseluroh negri Selangor dimana sessi pertama telah dimulakan tidak berapa lama dahulu .

Untuk keterangan lanjut sila hubungi ZAKIAH MOHD ISA 013 3310954 atau 0361895635 atau email : yusofgaja@yahoo.com yusofgajah@hotmail.com
Sila layari www.myspace.com/yusofgajah atau www.facebook.com/yusofgajah

No comments: